Jumaat, Julai 17, 2009

ZALIM : 8 MAHASISWA DITANGKAP



Ampang 17 Julai - 8 orang mahasiswa telah ditahan dalam Demonstrasi Mahasiswa Membantah Isu Pembunuhan Muslim Selatan Thailand lepas solat Jumaat tadi.


Menurut sumber, dimaklumkan Mohd Shafie Hashim dan Lee Song Yong antara 8 mahasiswa Universiti yang ditangkap polis ketika berdemontrasi berkenaan.

Dipercayai juga, penangkapan tersebut berpunca daripada pertikaman lidah dengan beberapa pegawai polis di sini.

6 orang mahasiswa dibalai ke Balai Polis Sentul manakala 2 orang mahasiswi di bawa ke Balai Polis Dang Wangi bagi soal siasat.

Dipercayai suasana demonstrasi bermula aman tetapi situasi tegang dicetuskan polis apabila menarik kasar seorang mahasiswa.

Dua mahasiswi berkenaan ditangkap tanpa usul periksa semasa mereka sedang berehat setelah demonstrasi berkenaan bersurai. (Sumber : mahasiswakini.com)

KAMI MEMBANTAH KERAS!

PRESIDEN GMUKM : "Ikut Undang-Undang, Mansuhkan AUKU".


Ramai sahabat-sahabat kampus yang bertanya pada saya, apa yang perlu kita buat untuk ‘menyelamatkan’ dua orang mahasiswa UM yang ditangkap atas tuduhan menconteng dinding dengan perkataan anti-Rosmah pada 24 Jun lalu.


Saya memberikannya jawapan yang mudah, gunalah prosedur perundangan. Dua mahasiswa ini saya istilahkan sebaga Orang Kena Tuduh (OKT), adalah telah didakwa di bawah Undang-undang jenayah olehMahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Jun yang lalu dan dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 setiap seorang.


Bagi menambahkan pengetahuan pembaca blog yang setia ini, bolehlah saya terangkan serba sedikit tentang undang-undang jenayah. Ia merupakan suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil kerana undang-undang sivil hanya melibatkan antara individu dan individu, bukannya masyarakat ramai.



Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat. Terdapat 2 sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia yang diceduk daripada India iaitu Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)





Berbalik kepada kes dua orang mahasiswa ini, terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap dua orang OKT ini iaitu :


1. Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.


2. Seksyen 447 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan pencerobohan jenayah di dewan tersebut pada waktu dan masa yang sama.


3. Seksyen 436 dan 511 Kanun Keseksaan di bawah pertuduhan ketiga melakukan khianat dengan menggunakan api di bawah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.


4. Terdapat juga pertuduhan di bawah Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas tuduhan tidak mempamerkan plat motosikal mengikut dan boleh dihukum mengikut Sesyen 14(4) akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM3,000-Ini adalah pertuduhan yang tidak relevan kerana ianya adalah kesalahan sivil dan hanya boleh dihukum denda sahaja.


Saya hanya ingin menyentuh pertuduhan 1 hingga 3 sahaja kerana ia melibatkan undang-undang jenayah, yang implikasinya amat buruk jika didapati bersalah. Dari sudut jangkamasa panjang melibatkan pendidikan dan pekerjaan tertuduh. Saranan saya kepada dua OKT itu ialah antara lainnya :


- Mengikuti sepenuhnya prosedur perundangan di mahkamah terbuka. Konsep ‘beyond reasonable doubt” iaitu melampaui keraguan munasabah atau setiap orang bersalah apabila ia dibuktikan bersalah. Konsep actus reus, mens rea atau perlakuan jenayah dilakukan atas niat yang jahat akan digunakan oleh mahkamah ini.



Maksudnya sekiranya penjenayah melakukan jenayah kerana gila, mabuk, masih kanak-kanak atau dipaksa, ia akan dilepaskan bagi tangungan jenayah ini. Jika OKT itu tiada bukti bersalah, maka ia perlu dilepaskan dan dapat menyambungkan semula pengajian mereka. Ingatlah bahawa sesuatu kesalahan bergantung kepada keterangan dan bukti prima facie untuk mensabitkan seseorang. Dalam hal ini, Akta Keterangan 1950 digunakan dalam perbicaraan ini.


- Melantik peguam yang bepengalaman dan berkeupayaan dalam kes jenayah ini. Sebenarnya peguam ini ada bidang spesifik masing-masing. Ada yang berkemahiran dalam kes jenayah, kes sivil, kes perlembagaan mahupun legitasi melibatkan kontrak. Di Malaysia, Karpal Singh merupakan peguam terkenal dalam soal jenayah ini.


- Menentang pihak tertentu yang ‘ghairah’ mengenakan dua orang mahasiswa ini di bawah AUKU. Inilah satu langkah yang wajib ditentang kerana ia membawa bencana kepada hak asasi dua mahasiswa ini. Mereka akan dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama dan ia diistilahkan sebagai ‘double jeorpardy’ dalam istilah undang-undang. Memang perlembagaan kita jelas menghalang ketidakadilan ini. (Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan).Saya turut merasakan bahawa saat inilah AUKU perlu ditentang dan terus dimansuhkan (saya kini sedang menyiapkan buku kecil berkaitan kezaliman AUKU ini). Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ibarat jika mahasiswa ini dihukum dua kali jika ia BENAR- BENAR bersalah.



Kepada mahasiswa di luar, biarlah mahkamah terbuka mengadili dua orang OKT ini. Jika mahkamah tidak bersifat neutral dan hakim telah dibeli, maka saat itulah kita mahasiswa bangkit berdemontrasi ‘membersihkan’ badan terpenting. Di saat ini, apa yang kita boleh bantu ialah memberikan sokongan moral dan kewangan. Dan yang paling penting sekali ialah banyakkan berdoa dan bersolat hajat memohon pertolongan Yang Maha Agung.

Sumber : blog Hisyamuddin Che Ali

Rabu, Julai 15, 2009

PENGUMUMAN : PERKHIDMATAN SMS


Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa, PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM) Fakulti Perubatan telah menyediakan perkhdmatan sistem SMS untuk semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan (Prasiswazah doktor perubatan, Kejururawatan, dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan juga bidang berkaitan).
Objektif bagi perkhidmatan ini disediakan adalah untuk memberikan kemudahan semaksima mungkin dalam mengemukakan cadangan atau aduan berkaitan kebajikan mahasiswa/i kepada Wakil PMUKM untuk disalurkan pada pihak atasan fakulti mahupun universiti.
Mekanisme ini diambil selain mewujudkan board PMUKM dan menyediakan borang aduan kebjikan serta dialog bersama pemimpin.

Berikut adalah cara-cara menggunakan Sistem SMS untuk memberikan cadangan atau aduan:


(No.Matrik)(Nama Sebenar)(Posting)(Aduan/Cadangan)

(dan hantar ke nombor wakil anda)


Sila hantarkan aduan tersebut kepada wakil exco anda masing-masing seperti yang dinyatakan di bawah:

Wakil Tahun praklinikal Perubatan: Saudari Nur Na'imah (013-3268894)
Wakil Tahun Tiga Perubatan : Saudara Murali a/l Kalaiselvam (013-2901660)
Wakil Tahun Empat Perubatan : Saudari Nor Ilani (017-6620383)
Wakil Tahun Lima Perubatan : Saudari Norhazliza (013-3008467)
Wakil Tahun Kejururawatan : Saudari Noraina (019-6703095)
MPP Fakulti Perubatan : Saudara Wan Nuruddin (012-2909802)
Diharapkan mahasiswa/i dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya dan berpatutan.


"Ke Arah Fakulti Berintegriti"
Wan Nuruddin Wan Syah,
MPP Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

MEMBUMIKAN DASAR PERJUANGAN



13 Julai, Kolej Tun Syed Nasir - Dengan bermatlamatkan "BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN KECEMERLANGAN", wakil dari PMUKM Fakulti Perubatan Kampus Kuala Lumpur mengorak langkah dalam membumikan dasar perjuangan mereka.


Objektif yang disepakati dalam program bercorak santai selepas solat isyak berjemaah di Surau Blok A ialah :

- Memperkasakan kerjasama dengan persatuan-persatuan di UKM yang telah sedia ada.
- Menaiktarafkan komunikasi 2 hala antara mahasiswa/i dan pemimpin persatuan.


Turut dijemput dan hadir sama ialah wakil dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan dan Fakulti Farmasi.

Pengisian yang diberikan secara relaks dan santai itu dipengerusikan oleh wakil mahasiswi Perubatan, saudari Na'imah.

(wakil dari PMF Pergigian sedang memperkenalkan diri)


Seterusnya, diikuti dengan 'ice breaking" dari setiap wakil pimpinan fakulti, serta tayangan slideshow serta sedikit motivasi dan perkongsian mengenai "culture shock" di alam kampus serta perbezaannya di alam kerjaya.

Sebelum mengakhiri program, semua mahasiswi diingatkan agar sentiasa membudayakan memberi salam, tegur menegur dan saling tolong menolong antara sahabat-sahabat walaupun berbeza fakulti, terutamanya pemimpin mahasiswa fakulti.


Kelihatan adik-adik begitu tertarik mendengar pengisian yang diberikan. Agak santai dan relaks...

ISU KEBAJIKAN : YURAN


13 Julai, Isnin - Ikuti laporan selanjutnya mengenai isu kebajikan terutamanya masalah yuran yang masih lagi merunsingkan mahasiswa/i UKM. (Klik untuk lihat laporan saudara Amin pada semester lepas)



"Saya telah membuat laporan berkenaan isu yuran yang tidak selaras dan diharapkan mahasiswa/i dapat input-input berguna. untuk sesi kali ini, banyak persoalan ditimbulkan oleh mahasiswa/i . InsyaAllah, saya berusaha untuk mendapatkan input-input berguna dan dapat menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut dan diharapkan sahabat-sahabat sabar menunggu".



"Untuk sesi lepas, saya telah mendapatkan senarai bayaran yang perlu dibayar oleh kita semua. untuk sesi lepas , Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan Puan Khairun Nisa' Idris ( penolong bendahari di unit kewangan di bangi) , masalah ini telah diajukan dan kami telah berbincang'.


"Untuk sesi ini saya telah menghubungi Puan Khairun Nisa' Idris dan bertanyakan beberapa masalah yang timbul. untuk satu semester, pelajar hendaklah membayar yuran pengajian
dan penginapan kolej bagi sesiapa yang tinggal di KTSN"


Yuran pengajian bagi fakulti farmasi adalah dalam bentuk package iaitu rm850 bagi satu semester untuk semua tahun fakulti farmasi.


yuran kesihatan : rm 25 ( sekali bagi satu semester )
yuran Perpustakaan : rm 50 ( sekali bagi satu semester)
tabung kebajikan pelajar dan insuran : rm 20 ( sekali satu sesi)
bayaran majalah ( PMUKM) : rm 10 ( sekali satu sesi)
sumbangan yuran aktiviti pelajar tabung pmukm : rm 10 ( sekali bagi satu sesi)


Berkenaan yuran penginapan di kolej , saya telah berhubung dengan pengetua, Prof Madya Dr. Ruzita bersama tinjauan saya terhadap yuran yang saya perlu bayar.


yuran penginapan di kolej
yuran penginapan bergantung kepada hari
tinggal di kolej ( sekali bagi setiap sems)
kadar yuran adalah berbeza iaitu
KTSN 1 = bilik perseorangan rm 3.20 sehari
bilik berdua rm 2.50 sehari
kolej luar = rm 4.60 sehari
plazarah = rm 7.50 sehari

"Untuk masa ini, kadar potongan standard ialah rm 400 bagi setiap pelajar yang tinggal di KTSN . sebarang penambahan akan berlaku bagi pelajar yang duduk diluar ktsn 1 ataupun plazarah. Kadar yuran adalah masih sama dan kenaikan ditangguhkan".

"Makluman daripada pengetua KTSN kepada mahasiswa/i potongan kolej telah dibuat supaya pihak penaja kewangan pelajar segera mengagihkan tajaan. Jika ada pelajar yang menolak asrama, tetapi penyata potongan telah dibuat , mereka hendaklah mendapatkan pengesahan dari pengurus asrama yang mengatakan mereka tidak tinggal di kolej dan selepas di sahkan, surat boleh dihantar kepada pihak bahagian kewangan pelajar".

yuran kemudahan penginapan atau Perkhidmatan Jaring : rm 45 ( sekali bagi setiap semester)
yuran Elektrik : rm 25 ( sekali bagi setiap sems)
yuran jaksa ktsn : rm100 ( sekali bagi satu sesi)


maklumat tambahan,
mahasiswa/siswi juga boleh menyemak bayaran yuran yang dibayar di smpweb atau di unit bendahari .
sebagai contoh pembayaran yuran
CJ-20082009/1/1 yuran kesihatan
CJ-20082009/2/1 yuran kesihatan

"Nombor yang telah di hitamkan dan diperbesarkan adalah merujuk kepada semester . Oleh itu, mahasiswa/siswi boleh menyemak sendiri pembayaran yuran yang telah dibayar dan sekiranya ada keraguan dan kesilapan , mahasiswa/siswi boleh berjumpa unit bendahari dan meminta penjelasan atau menelepon unit kewangan di bangi tentang masalah tersebut".

"Justeru itu, diharapkan segala permasalahan berkenaan berkenaan yuran, mahasiswa/siswi boleh ajukan dan bertanya di unit bendahari UKM Kampus Kuala Lumpur atau pun berhubung terus dengan unit kewangan pelajar di bangi

no telefon : 03-89213180/ 03-89215090/03-89215037

"InsyaAllah, segala masalah berkenaan yuran akan dijawab dan dijelaskan. Diharapkan pelajar dapat maklumat dan sampaikan kepada pelajar lain jika berlaku kesilapan berkenaan yuran yang saya sebutkan sila ajukan kepada saya. Maklumat yang diberi akan berubah dari semasa ke semasa".
"Oleh itu, diharapkan mahasiswa/i dapat melayari blog saya, aminmppfarmasi.blogspot.com untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini. Segala kesilapan haraf dimaafkan".



"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"



salam ukhwah,

Muhammad Hafizul Amin Khalid,
MPP Fakulti Farmasi,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2009/10

RAMAH MESRA BERSAMA ADIK 'NURSING'


Barisan organisasi sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan yang diketuai oleh saudara Wan Nuruddin.




7 Julai, Cheras - Program yang bermula pada pukul 2 petang dimulai dengan doa dan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis.



Seterusnya, sesi ramah mesra bersama wakil PMUKM Fakulti Perubatan, saudara Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan berjalan lancar dengan kerjasama dan perhatian yang baik oleh adik-adik Tahun 1 Program Kejururawatan, di bawah Fakulti Perubatan.




Wakil PMUKM Fakulti Perubatan dari Kampus Kuala Lumpur juga turut hadir meraikan adik-adik Tahun 1 Kejururawatan.


Turut diselitkan elemen memperkasakan Fakulti Perubatan "ke arah Fakulti Berintegriti" iaitu manifesto yang diperjuangkan oleh saudara Wan Nuruddin bersama mahasiswa/i Fakulti Perubatan.


Beliau menekankan kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam mengekalkan dan menaikkan imej Fakulti Perubatan sebagai Fakulti nombor 1 di UKM, seterusnya di Malaysia.



Majlis diteruskan dengan taklimat oleh wakil PPK (Persatuan Pelajar Kejururawatn) dan pengenalan badan organisasi.





PENGUMUMAN : Kursus Pengurusan Kewangan

Kursus Pengurusan Kewangan: Borang Penyertaan Ahli Jawatankuasa





Borang Penyertaan sebagai ahli jawatankuasa bagi Kursus Pengurusan Kewangan telah dibuka.

Tarikh: 22 Ogos 2009
Tempat: PPUKM
Anjuran: Wakil Fakulti Perubatan, PMUKM
Anjuran Bersama: Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) KTDI
Tarikh Tutup Borang: 3 Julai 2009

Borang boleh didapati di Board PMUKM atau boleh dimuatturun di sini


"Ke Arah Fakulti Berintegriti"


Wan Nuruddin Wan Syah,
MPP Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selasa, Julai 14, 2009

KEBAJIKAN MENJADI KEUTAMAAN



8 Julai , Rabu - Sesi dialog antara MPP Fakulti Farmasi dan mahasiswa/i tahun pertama yang berlansung di BSH4 selama satu jam untuk membincangkan berkenaan kebajikan mahasiswa/i tahun 1 di kolej dan fakulti.

Pelbagai aduan dan cadangan telah dilaporkan melalui borang yang telah diedarkan.

Kebanyakkan aduan yang banyak diterima mengenai kemudahan bilik di kolej seperti pintu tidak boleh ditutup , almari rosak dan lampu rosak serta pelbagai lagi.

Sesi dialog berakhir dengan penerangan tentang laporan segala aduan kerosakan di pejabat KTSN.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites