Isnin, Ogos 23, 2010

Selamat Hari Ulangtahun GMUKM!!!

Bangi- Tanggal 22 Ogos 2005 merupakan tarikh keramat tertubuhnya Gabungan Mahasiswa UKM. MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah) yang bergerak sendirian pada zaman sebelumnya mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama pimpinan tertinggi kumpulan gerakan mahasiswa kampus pada waktu itu dan akhirnya menggagaskan penubuhan GMUKM.






Antara front yang terlibat pada ketika itu ialah MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).





Sempena ulangtahun GMUKM, MPP Mahasiswa menyeru kepada seluruh mahasiswa kampus agar bersama-sama dengan GMUKM dalam usaha untuk memperjuangkan 3 dasar utama iaitu Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kebajikan semua mahasiswa/i tanpa mengira batasan agama dan kaum, nilai Keintelektualan dan keilmuan.





MPP Faiz yang ditemui berkata, perjuangan mahasiswa masih belum berakhir. Mahasiswa perlu terus berperanan untuk menambahbaik universiti.





"UKM dilihat menuju ke arah masa depan yang gemilang,namun tanpa kita sedari ada banyak perkara yang berlaku di sekitar kampus bertentangan dengan matlamat asal penubuhan UKM. Jadi, saya harap mahasiswa tidak sekadar 'kunci mulut' kerana itu yang 'mereka' mahukan. Kita mesti berani, jangan sempitkan skop ilmu",katanya.





"Jangan mudah tunduk dengan tekanan. Jadi mahasiswa yang betul-betul independen. Fahami dasar perjuangan dan teruskan gerakan perubahan. Saya rasa dah tiba masa untuk mahasiswa UKM berubah, beri ruang kepada GMUKM untuk memerintah. Kita bukan sempurna tapi kita akan cuba yang terbaik",kata MPP Syafiq.





Beliau berharap agar GMUKM terus mara ke hadapan memimpin mahasiswa mengikut acuan kebenaran dan keadilan.

Khamis, Ogos 19, 2010

Perlantikan Semula NC UKM



Kami, warga GMKKL, mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin diatas perlantikan semula beliau sebagai Naib Canselor UKM. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 28 Ogos 2010 hingga 27 Ogos 2012. Semoga dengan perlantikan semula ini, UKM terus mampu melahirkan generasi mahasiswa yang berfikiran terbuka dan terkehadapan dan akhirnya membentuk graduan yang menjadi harapan baru masyarakat yang dinanti-nantikan. Diharap juga, dengan perlantikan ini, UKM mampu terus menyaingi cabaran global dalam menjadi institut pengajian tinggi yang ulung di peringkat antarabangsa. InsyaAllah.


maklumat lanjut, sila layari : http://ewarga1.ukm.my/ewarga/buletin/buletin.cfm#bul_18082010-71



Rabu, Ogos 18, 2010

Survei HX oleh MPP FFAR

Bergerak seiringan memimpin perubahan, MPP FFAR, saudari Mariah binti Zakaria pula bergerak melangkah mengedarkan borang survei Kursus HX bagi siswa/i tahun 1 jam 12 tengah hari di BSH 4. Kesempatan ini juga diambil oleh saudari Mariah untuk menerangkan kepada siswa/i tahun 1 bagaimana membuat sistem aduan dalaman.



Saudari Mariah, MPP FFAR sedang memberi penerangan di BSH 4.

Mencuri sedikit masa siswa/i tahun 1 sebelum mereka bertemu mentor mentee.


Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa

Ke Arah Kegemilangan Mahasiswa

Ahad, Ogos 15, 2010

Survei HX oleh MPP FSKB 3/4



Mencuri sedikit masa siswa/i tahun 1, iaitu dari jam 4.45 petang sehingga 5.15 petang pada hari Jumaat, 13 Ogos 2010, MPP FSKB, saudari Ili binti Mohd Tarmizi bersama-sama dengan saudari Mariah Zakaria, MPP FFAR, telah bergerak membuat tinjauan pendapat dan pandangan siswa/i tahun1 berkenaan subjek HX.  Ini berikutan aduan-aduan yang diterima agak banyak. Borang-borang tinjauan berkenaan subjek ini diedarkan kepada setiap siswa/i dan dalam masa yang sama saudari Ili juga mengambil kesempatan ini memberi penerangan cara-cara untuk membuat aduan di Sistem Maklum Balas dan Aduan Dalaman Pelajar di http://smp.ukm.my/sadp/ . Sesi kali ini difokuskan kepada siswa/i FSKB. Tindakan lanjut di Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan akan dilaksanakan sendiri oleh MPP Fakulti Tersebut. Selepas membuat penganalisaan terhadap borang-borang ini, maklumat ini akan disuarakan kepada pihak atasan. Ikuti perkembangan lanjut MPP Mahasiswa dalam memperjuang kebajikan anda sehingga suara anda didengari.

Suara Anda Suara Kami

Seorang siswi bberani tampil ke depan bertanyakan soalan

Siswa/i sedang tekun mendengar

Saudari Ili sedang memberi penjelasan cara-cara membuat sistem aduan dalaman


Selasa, Ogos 10, 2010

Janji Akan Dikotai

Bergerak melangkah menunaikan manifestonya, saudari Farih Najihah binti Hashim, MPP FPER 3/4/5, berusaha untuk menjadikan pembinaan laluan susur galur dari asrama luar mahasiswa (Laman Midah dan Prisma) ke PPUKM (Pusat Perubatan UKM) menjadi kenyataan. Ikuti perkembangan perjuangganya di http://dr-mahasiswa.blogspot.com/2010/08/laluan-berbumbung-menggenggam-harapan.html




Lambang DBKL menjadi saksi hadirnya hambaMu melangkah menunaikan janji yang telah dipateri.

MPP GMUKM:JELAJAH RAMADHAN

Sekali lagi, MPP Mahasiswa turun padang untuk bertemu dengan siswa/i. Sempena Ramadhan Mubarak ini, MPP Umum, saudara Muhamad Faiz merangkap Pengerusi MPP Mahasiswa turun padang bersama saudari Alia Suzana (MPP Umum) dan saudari Farih Najihah (MPP Fakulti Perubatan) mengedarkan risalah Ramadhan dan buah kurma.




Berkongsi rasa bersama penjaga pesakit.

Isnin, Ogos 09, 2010

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan



What to do?...hmmmm




1. Start reading Quran DAILY.

2. Spend some time listening to recitations from the Quran.

3. Train yourself to wake up early for Salat al-Fajr.

4. Keep yourself in a state of Wudu' (Ablution) most of the time.

5. Evaluate yourself daily before going to bed.

6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.

7. Start giving Sadaqah daily and make it as a habit.

8. Find time to pray extras, such as Nafals andTahajjud prayers.

9. Spend more time reading Islamic books especially the Quran, Hadith and Fiqh.

10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.

11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.

12. Associate with Muslim scholars or ulama and other pious people so, you may learn from them.

13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.



REMEMBER!!!try to avoid these....



1. Avoid or reduce watching TV.

2. Avoid looking at unlawful pictures.

3. Spend free time in mosque or Islamic organizations and make that as a daily habit.

4. If you smoke, try to reduce daily usage and cut it down for good.

5. If you have friends who do not practice the teachings of Islam, try to avoid socializing with them.

6. If you travel a lot on business, try to do more local business so you can be closer to your family and community.

" Time is not money or gold; it is life itself and is limited . You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it. "


Checklist...TICK and CHECK (if possible everyday)




1. Make a resolve to win the maximum favor of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawafils), making frequent Dua and increased remembrance (Dhikr).

2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer.

3. Study the Tafseer (commentary) .

4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar.

5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.

6. Give gifts on Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah. This is in addition to normal 'Iddiya' to children.

7. Where applicable, make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.

8. Donate generously to the mosque, Islamic organizations and any where people are in need or oppressed.

9. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your colleagues at work, neighbors and relatives.

10. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.

11. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr ).

12. Weep in private for the forgiveness of your sins.

13. Learn to control your tongue and lower your gaze.

14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.

15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during Ramadan.

16. For extra concerted effort, try to be off work for few last days of Ramadhan for maximum Ibada.

17. Make an effort to reconcile with the people you are not on good terms with. Forgive everyone and keep your heart clean.

18. In all your dhikr, do not forget your parents, your neighbors', relatives, dead people and other muslims.








source:http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2834

Khamis, Ogos 05, 2010

Kesatuan Demi Kebajikan


Saudari Nur Ili bt Mohamad Tarmizi, MPP FSKB 3/4 (berbaju merah) dan saudari Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman, MPP FGG (berbaju kuning) sedang tekun mendengar penjelasan dari En Fairuz.




Kebajikan menjadi keutamaan. Soal pihak diletak ketepi seketika. Sebanyak dua pertemuan telah dilakukan oleh MPP Mahasiswa  bersama dengan  En Fairuz Mohd Rafzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus KL untuk menyuarakan isu-isu yang dialami oleh mahasiswa Kampus KL. (Laporan boleh dirujuk di
Dengan niat utama menjadikan kebajikan sebagai agenda keutamaan, pertemuan ketiga telah berjaya dijalankan secara bersama antara tiga MPP iaitu saudari Nur Ili binti Mohamad Tarmizi, MPP FSKB 3/4, saudari Mariah binti Zakaria, MPP FFAR dan  saudari Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman, MPP FGG. Antara isu-isu dan ageda yang dibangkitkan ialah 


1.      Kemudahan pembelajaran.
2.      Kafeteria.
3.      Pengangkutan
4.      Mesin ATM
5.      Isu kecurian di Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
6.      Perkhidmatan JARING
7.      Hal-hal berbangkit


Maklumat lanjut mengenai isu ini bolehlah layari http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/08/pertemuan-pemangkin-persefahaman-3.html
MPP Mahasiswa, Ili Mohd Tarmizi (tengah) dan Mariah Zakaria (kanan) membangkitkan isu-isu yang dihadapi oleh siswa/i UKM Kampus KL.


"KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites