Isnin, Julai 05, 2010

MPP Mahasiswa Sambut Pelajar Sabah & Sarawak


03 Julai , LCCT Sepang - Bersempena kemasukan pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 04 Julai, MPP Mahasiswa, saudara Faiz bin Ismail dan saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim telah melapangkan masa menyambut kedatangan pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak yang bakal memasuki UKM di Lapangan Terbang Tambang Murah (Low Cost Carrier Terminal - LCCT) di Jalan KLIA S1, Sepang pada petang tadi.

Ironinya, kehadiran MPP Faiz dan Khairul Anuar bukan sekadar menyambut bakal pelajar UKM, tetapi turut menyambut kehadiran bakal pelajar-pelajar IPTA yang lain seperti UM, UPSI dan UTeM hasil kerjasama dan jalinan kerja dengan Persatuan Anak Sabah (MARSIS) dan Persatuan Anak Sarawak (SEMISSA)


Maklum balas daripada para pelajar yang baru tiba amat teruja, walaupun kelihatan keletihan kerana ketibaan mereka disambut seolah-olah baru pulang dari kemenangan. Malahan mereka juga tidak menjangkakan ketibaan mereka akan disambut oleh mana-mana pihak kerana rata-rata bakal pelajar baru ini baru pertama kali menjejakkan kaki di Semenanjung Malaysia.

"Kami terasa seperti (seorang) hero (yang) baru balik dari perang. Padahal kami tidak kenal siapa-siapa pun (di) Semenanjung " ujar Alex, pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Labuan yang bakal memasuki Universiti Putra Malaysia dalam kursus Kejuruteraan Kimia.



Untuk rekod, dijangka seramai 3800 orang mahasiswa baru akan mendaftar diri di kolej masing-masing di kampus Bangi induk esok bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Di peringkat MPP Mahasiswa, kesemua persiapan di peringkat kolej mahupun peringkat pusat dilihat sudah diselesaikan dan pihak pentadbiran sudah bersedia menerima warga baru UKM . Justeru diharapkan semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
 

Logo Terkini UKM


Merujuk kepada Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 15/2010 bertarikh 22 Jun 2010 yang bersetuju meluluskan cadangan perubahan size Tulisan Bahasa Inggeris "The National University of Malaysia" pada rekabentuk logo UKM berkuatkuasa 22 Jun 2010.

Sehubungan dengan itu, mohon warga UKM mengambil perhatian terhadap perkara ini terutamanya dalam urusan surat-menyurat, penerbitan dan penyediaan dokumen lain.

Logo Terkini UKM boleh dimuat turun sila klik atau boleh juga dicapai pada muka hadapan, laman web utama UKM, seterusnya sila lihat pada butang muat turun "logo UKM" http://www.ukm.my.

PROSES PEMBAYARAN PTPTN SEMESTER 1 SESI 2010/2011 BAGI PELAJAR KAMPUS INDUK & FSKB (Pra Siswazah & Pasca Siswazah)

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pembayaran pinjaman PTPTN untuk Semester 1 2010/2011 untuk makluman pelajar dijangka sekitar 9 -12 Julai 2010. Rujuk sini


Para pelajar diingatkan supaya membaca dan meneliti jadual pembayaran PTPTN ini. Segala caj yuran yang didaftarkan selepas tarikh proses pembayaran pinjaman hendaklah dibayar sendiri oleh pelajar melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh universiti. Selain itu, beberapa perkara perlu diingatkan ;


- Tarikh pelajar mendaftar bagi Semester 1 2010/2011 adalah pada 12/7/2010
- Pelajar yang tidak membuat pra pendaftaran akan dibayar melalui kelompok ke 2 yang akan
diberitahu kelak oleh pihak PTPTN.
- Pelajar yang mendapat keputusan PNGS <>

Sumbangan bagi mangsa rompakan Plaza Rah

Alhamdulillah, dengan kasih sayang serta sikap ambil berat dan saling membantu, kutipan derma bagi mangsa rompakan Plaza Rah berjaya dilakukan. Sumbangan telah pun dihulurkan kepada mangsa yang terbabit. Ucapan terima kasih buat semua yang telah menghulurkan bantuan bagi sahabat kita ini. Sebanyak RM324.05 berjaya dikutip dari kalangan pelajar perubatan tahun 2 sesi 2010/2011. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.


Sumbangan dihulurkan kepada mangsa rompakan
 

Kes rompakan di Plaza Rah

Kemasukan pelajar tahun 2 Fakulti Perubatan UKM sesi 2010/2011 digemparkan dengan kejadian rompakan dan ugutan parang yang berlaku di Plaza Rah, kediaman mahasiswi. Ketika kejadian rompakan itu berlaku, mahasiswi tersebut sedang berseorangan di dalam rumahnya di tingkat 11. Kejadian berlaku sekitar 7 pagi pada hari Ahad, 13 Jun 2010.
 
Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan pejabat Kolej Tun Syed Nasir serta telah mendapat perhatian pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib. Turut turun padang ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak dan juga Presiden PMUKM, Hamzah.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai MPP Mahasiswa menyeru kepada mahasiswa/i sekalian agar sangat menitikberatkan soal keselamatan. Antara langkah keselamatan pencegahan yang dicadangkan berhubung dengan perkara yang tidak diingini berlaku ialah:-
1-  
1. 1. Mahasiswa/i amat digalakkan untuk tidak tinggal bersendirian di rumah(Plaza Rah).
2- 2. Mengunci bilik, pintu rumah dan tingkap sebelum keluar dari rumah.
3- 3. Mengunci bilik dan pintu menjadi amalan ketika di rumah
4- 4. Mempunyai nombor telefon pihak polis, serta pegawai keselamatan. Buat rujukan semua, berikut merupakan nombor yang berkenaan:

a. No tel. Pejabat Polis Dang Wangi – 03-20702222
b. No tel. pegawai keselamatan – 012-3007164

Sekiranya perkara ini berlaku juga, na’uzubillah, saya mohon kepada siswa/i untuk maklumkan kepada saya dengan kadar segera. Ini kerana saya dapat membantu bersama dalam melaporkan kepada pihak berwajib seperti pihak polis dan pihak pengurusan kolej. Langkah seterusnya yang akan saya usahakan adalah memohon sumbangan untuk mangsa sama ada secara kutipan derma dan mahupun melalui Tabung Kebajikan Pelajar. Untuk makluman semua, tabung ini memang khas disediakan oleh pihak pentadbiran UKM, untuk mereka yang mengalami kes-kes tertentu yang dikhususkan. Permohonan bantuan dari tabung ini bolehlah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di tingkat 5, Blok E.

Sememangnya keselamatan ialah aspek yang amat penting. Justeru, saya ingin menyeru kepada mahasiswa/i sekalian untuk bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang isu keselamatan diri dan juga rakan-rakan yang lain sesuai dengan Kempen Mahasiswa Prihatin anjuran Gabungan Mahasiwa. Usahlah kita ambil sikap tidak cakna dan menjadi seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bersatulah dan saling membantu. Terapkan amalan berhati-hati dan waspada sepanjang masa. Semoga Allah memelihara kita dari sebarang kecelakaan.

Berikutan itu, saya amatlah berharap agar kita semua dapat bahu-membahu menjaga keselamatan supaya keselamatan setiap seorang daripada kita akan terpelihara, insyaAllah.

Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2010-2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera
 
Alhamdulillah, baru-baru ini saya mendapat SMS dari salah seorang pelajar bertanyakan tarikh pengesahan kursus. InsyaAllah, berikut adalah maklumat mengenai pendaftaran kursus semester 1 sesi akademik 2010-2011. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web http://smp.ukm.my/smpweb/
 

Diharap maklumat ini dapat membantu kita bersama dalam meningkatkan kesedaran tanggungjawab masing-masing.

Sekian

Wassalam

Sumber: MPP Farmasi, Mariah Zakaria

Sambutan 40 tahun UKM



Sambutan 40 tahun UKM- Menjelang 18 Mei 2010, UKM menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-40. Bersempena dengan hari bersejarah ini, sambutan Ulang Tahun ke-40 UKM mencapai kemuncak dengan majlis Titah Perdana DYMM Tuanku Canselor ,Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang disertai Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,DYMM Tunku Ampuan Besar negeri Sembilan Darul Khusus.
Majlis bermula sekitar 3 petang dengan keberangkatan tiba DYMM Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan diteruskan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan Naib Canselor, Y. Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Majlis mencapai kemuncaknya dengan Titah Perdana DYMM Tuanku Canselor dan Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-40 UKM. Titah Perdana DYMM Tuanku Canselor menekankan sejarah penubuhan UKM sehinggalah ke Era Pengiktirafan UKM (2006-Kini) yang telah mencapai pelbagai pencapaian cemerlang di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Persembahan multimedia, persembahan Koleksi Buku Syarahan Perdana dan Acara di Foyer Canselori Aras 2 menyusul setelah berakhirnya Titah Perdana DYMM Tuanku Canselor. Antara acara di Foyer Canselori Aras 2 adalah acara menandatangani Plak sambutan 40 Tahun UKM, pelancaran Setem dan & Sampul Surat Hari Pertama UKM, Laman Web Baru UKM dan Buku-buku Terbitan UKM.
Pameran di Foyer Canselori
Majlis berakhir setelah berlangsungnya lawatan ke pameran dan keberangkatan balik DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang disertai Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,DYMM Tunku Ampuan Besar negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Jutaan penghargaan kepada DYMM Tuanku Canselor dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di atas perkenan mencemar duli di bumi UKM ini bagi menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun ke-40 UKM ini.
Menelusuri sejarah:Seusia 40 tahun penubuhannya, UKM telah berjaya melahirkan seramai 131,259 graduan; 113,975 Graduan Sarjana Muda; 15,895 Sarjana dan 1,389 PhD. Dengan pencapaian membanggakan ini, semoga lebih ramai ahli-ahli intelektual akan dilahirkan di bumi UKM untuk menyumbang kepada negara seterusnya menaikkan nama UKM di mata dunia, seperti wadah Dato’ Sri Canselor dalam ucapannya semasa majlis Titah Perdana: Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Untuk Negara.
 
MENGILHAM HARAPAN,MENCIPTA MASA DEPAN

 Sumber: MPP FSKB, Nur Ili Mohamad Tarmizi

Pertemuan bersama TNC HEPA

18 Mei 2010 : Satu pertemuan ringkas telah diadakan antara MPP mahasiswa bersama Dato TNC Hal Ehwal pelajar dan Alumni(HEPA), YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Razak yang bertempat di pejabat TNC HEPA,aras 5,bangunan canselori.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan isu-isu kebajikan pelajar yang memerlukan perhatian segera. MPP yang terlibat adalah MPP Umum,saudari Nabilah bt Mohamad Maiyidin, MPP Fakulti Pendidikan,saudara Wan Ahmad Fahmi B Wan Abdul Hamed dan MPP FSKB sendiri.



Isu-isu yang dibawa oleh MPP FSKB adalah berkenaan mengadakan ATM Bank Islam di Kampus KL, isu bayaran tinggi di Plaza Rah dan penaiktarafan dewan kuliah di kampus KL.

Menyentuh mengenai isu ATM Bank Islam di kampus KL yang telah pun berlarutan dalam masa setahun, Dato’ TNC telahpun mengambil maklum akan hal ini. Beliau memahami masalah kesulitan pelajar untuk ke Bank Islam yang terletak jauh dari kampus. Malah beliau memberi jaminan bahawa pihak universiti sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut dalam jangkamasa setahun.

Berhubung isu bayaran yang tinggi di Plaza Rah pula, Dato’ Mohamad telah berunding dengan pemilik Plaza Rah bagi menurunkan bayaran bagi pelajar UKM, namun penurunan bayaran tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Subsidi juga tidak dapat diberikan kerana pihak universiti mengalami masalah kurang peruntukan kewangan.

Setelah sekian lama, dewan kuliah di kampus KL memerlukan proses penaiktarafan seiring dengan peningkatan prestasi UKM terutamanya bagi para pensyarah dan Pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan,Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi yang menggunakan dewan kuliah tersebut. Penaiktarafan dewan-dewan kuliah ini adalah perlu kerana kampus KL sering menerima kunjungan daripada pelawat-pelawat luar dan pensyarah dari luar negara dan bagi memberikan keselesaan dan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar kampus KL. MPP Mahasiswa kampus KL akan menyiapkan kertas kerja bagi permohonan penaiktarafan dewan kuliah ini dan menyampaikannya terus kepada pihak TNC HEPA bagi tindakan selanjutnya.

Selain daripada isu-isu kebajikan, perbincangan turut berfokus kepada isu-isu semasa berhubung universiti seperti kejatuhan UKM dalam dalam 2010 QS Asian University Ranking (AUR) dan peranan pelajar UKM dalam menyumbang kepada UKM dalam terma universiti penyelidikan.

Setinggi penghargaan kepada Prof Dato' kerana dapat meluangkan masa bagi membincangkan isu-isu kebajikan kritikal pelajar dan amatlah diharapkan semoga jalan penyelesaian dapat diambil segera bagi mengatasi masalah-masalah yang telah diutarakan.Sekian.

Suara Anda Keutamaan kami

Sumber: MPP FSKB  Nur Ili bt Mohamad Tarmizi

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites