Selasa, September 01, 2009

LAPORAN : PAMERAN HARI KEMERDEKAAN






26 Ogos, rabu - Seperti yang dijanjikan pameran hari kemerdekaan bersempena sambutan hari kemerdekaan kali ke-52 telah diadakan di Floor 1 , Blok E di Fakulti Kampus Kuala Lumpur. Sedikit kelainan pada tahun ini, wakil Fakulti Perubatan secara volunteer mahu mengadakan pameran berbentuk akademik ini di Fakulti.

Antara pengisian yang ditampal adalah :
1. Erti kemerdekaan
2. Sejarah kemerdekaan
3. Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan
4. Tema kemerdekaan dan bendera malaysia.
5. Mahasiswa dalam pengisian kemerdekaan





Bersungguh-sungguh menyiapkan pameran dengan semangat patriotik yang tinggi

Antara objektif pameran kemerdekaan ini ialah :

1. memupuk semangat patriotik yang semakin hilang di kalangan mahasiswa

2. mengingatkan kembali sejarah kesusahan perjuangan kemerdekaan.

3. menyeru mahasiswa memerdekakan diri daripada dakyah barat dan anasir jahat yang merosakkan bangsa



Masa yang diambil selama 2 hari untuk menyiapkan pameran


Selesai sudah.................


Selamat berkunjung ke pameran M.A.H.A.S.I.S.W.A



PERUTUSAN MPP FARMASI SEMPENA 200 HARI PERKHIDMATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Mari kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya yang tidak terhingga serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan , nabi Muhammad S.A.W kerana saya masih lagi dizinkan untuk hidup di muka bumi ini untuk memegang tanggungjawab dan amanah yang besar sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti kebangsaan Malaysia sesi 2008/2009.


Alhamdulillah , tanggal 3 Ogos 2009 adalah genap 200 hari , saya memegang jawatan sebagai MPPUKM fakulti farmasi dengan berteraskan slogan “ bergerak seiringan , memimpin perubahan” , saya berusaha untuk melakukan sebaik mungkin tugasan dan perubahan atas setiap gerak kerja agar ia dapat memberi impak yang positif dan maksimum terhadap mahasiswa/I , fakulti dan universiti.




Mahasiswa/I yang dihormati,

Ucapan selamat dan rahmat diucapkan kepada mahasiswa/I kerana kita telah diuji dengan fenomena penularan virus influenza A atau H1N1 yang melanda kita dan seluruh pelusuk dunia. Antara ujian dan peringatan daripada ilahi untuk kita renungkan atau fenomena alam yang memberi tanda agar kita perlu bersedia untuk masa mendatang yang semakin mencabar.


Maka , kita perlulah sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada ilahi dengan nikmat yang telah dikurniakan tanpa mengharapkan balasan dan sentiasa menjaga kebersihan diri agar penularan fenomena ini dapat dibendung untuk generasi akan datang.


200 hari saya diberi peluang dan ruang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan liku-liku dan cabaran yang pelbagai. Alhamdulillah, dengan izin ilahi , beberapa peringkat tugas yang dicakna telah dapat dijalankan seperti yang diharapkan . Pada peringkat pertama , untuk tiga bulan pertama.





Fasa pemantapan organisasi telah diberi nama. Organisasi PMUKM fakulti farmasi telah dibentuk , kursus-kursus yang telah saya jalani memberi sumber ilmu dan inspirasi, beberapa program dirancang , borang-borang aduan untuk menjaga kebajikan mahasiswa/I telah diedarkan bersama-sama dengan kewujudan dimensi maya iaitu blog, email, YM dan nombor telepon memberi impak yang maksimum untuk mencapai misi dan visi yang telah digarap dan dirancang selaras dengan prinsip “ falsafah, keilmuan dan kebajikan” yang seringkali saya utarakan.


Mahasiswa/I yang berintegriti,

Fasa kedua menjelma atas nama fasa kebajikan untuk semua. Kebajikan mahasiswa/I merupakan tugas perdana yang perlu dilakukan untuk memastikan segala keperluan dan kemudahan yang disediakan dapat digunakan untuk kebaikan semua. Segala cadangan dan permasalahan telah diutarakan kepada pihak berwajib . Setiap aduan dan cadangan telah dianalisis dan dihantar mengikut skop tertentu iaitu kole


j kediaman , yuran , cafeteria, kemudahan pembelajaran di fakulti dan kemudahan pengangkutan yang menjadi topik utama dalam hal-hal kebajikan mahasiswa/I di universiti. Alhamdulillah, setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran fakulti, kolej , unit pengangkutan dan unit bendahari atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam memberi maklum balas terhadap aduan serta cadangan yang diaju demi kebajikan kita bersama.


“Success usually comes to those who are too bussy to be searching it” Henry David Thoreau


Untuk tiga bulan yang mendatang, fasa terakhir untuk saya menjalankan tugas. Fasa keilmuan dan falsafah yang telah dirancang. Program-program yang dirancang diharapkan dapat memberi sumber ilmu dan manfaat untuk semua selain dapat mengukuhkan jalinan hubungan dan integrasi antara pelajar fakulti farmasi .


Program “ dialog bersama mahasiswa” telah dirangka untuk semua tahun , pelancaran kempen etika pemakaian dan program “ one week , one article” telah dirancang serta sambutan ke-200 saya sebagai MPP diharapkan dapat memberi gambaran dan input-input yang berguna untuk mahasiswa/I fakulti farmasi .


Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi semangat dan usaha untuk mengembangkan potensi diri, meningkat kredibiliti fakulti farmasi dan menaikkan nama universiti ke persada antarabangsa.







Akhir kata, saya mengharapkan mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umumnya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran generik yang lain termasuklah keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan berfikiran kritikal.
Dengan menyertai pelbagai program di peringkat kolej, fakulti dan universiti , diharapkan kita dapat menambah ‘nilai-nilai profesionalisma ’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang yang semakin mencabar.



“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN”


Salam ukhwah,

MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FAKULTI FARMASI

PMUKM SESI 2008/2009

Aminmppfarmasi.blogspot.com

Email: org_tangkak88@yahoo.com.my

013-2169769

LAPORAN : DIALOG BERSAMA MAHASISWA FPER





25 Ogos, selasa - Sesi dialog MPP Perubatan, saudara Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan bersama mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun 1 telah diadakan di Dewan Kuliah 1 dengan membawa 1001 tujuan dan semangat kemahasiswaan.


Majils yang dipengerusikan oleh saudari Naimah berlangsung dengan jayanya dek sambutan membanggakan daripada mahasiswa. Selain dari sesi berdialog, turut diedarkan sama borang kaji selidik keberkesanan gerak kerja dan kempimpinan MPP mereka.








Hasil kaji selidik, sebanyak 89% respondan amat berpuas hati dengan sesi kepimpinan saudara Wan sebagai wakil mereka dan selebihnya mahukan pembaharuan lagi pada tahun hadapan.








Pihak kami amat berterima kasih di atas kerjasama yang sangat baik yang telah diberikan oleh semua pihak dalam merealisasikan slogan "ke arah fakulti berintegriti" sebagai matlamat kita bersama.








AKTIVITI BERSEMPENA SAMBUTAN 200 HARI PERKHIDMATAN MPP MAHASISWA

24 Ogos, Isnin - Bersempena sambutan 200 hari perkhidmatan MPP MAHASISWA, pelbagai aktiviti dan program yang telah dan akan disajikan untuk merancakkan agenda ke"mahasiswa"an di peringkat Kampus Kuala Lumpur.


Sambutan besar-besaran ini dijangka akan berlangsung seminggu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan (29 Ogos - 6 September) di semua kampus UKM.


Objektif bagi sambutan 200 hari ini ialah :

- menjadi wadah penyampaian seoptimumnya kepada warga kampus mengenai aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh MPP MAHASISWA.
- mengiktiraf usaha dan sumbangan MPP MAHASISWA dalam bergerak kerja secara komited sesuai dengan tema popularnya "suara anda keutamaan kami"
- membuktikan kesungguhan MPP MAHASISWA dalam memperjuangkan suara dan kebajikan mahasiswa serta falsafah universiti itu sendiri dengan nilai-nilai keintelektualan dan kerohanian.



Berikut adalah perincian untuk sambutan buat julung-julung kalinya :

1. Promosi kuliah ilmu
Setiap hari isnin dan khamis, pukul 1-2 petang di Dewan Kuliah 2. Terbuka untuk semua.


2. Pelancaran tabung kebajikan
Tahun 1 pada minggu ke-9 dan Tahun 2 pada minggu ke-10

3. Aktiviti jualan
Selasa (18/8) dan khamis (20/8) di tepi dewanserbaguna KTSN, laluan ke kafe kolej



Jualan cendol, kurma dan buah di tepi DSG



Hasil jualan yang memberangsangkan


4. Dialog bersama mahasiswa
Tahun 1 pada minggu ke-9 dan Tahun 2 pada minggu ke-14 (akan diumumkan semula

5. Bazaar Ramadhan
Pada 1-12hb Ogos, akan bekerjasama dengan PMUKM Fakulti Farmasi.

6. Pameran sempena Bulan Kemerdekaan.
Pada 26 Ogos - 16 September, di fakulti UKM Kampus Kuala Lumpur.





ISU : LIPAS DALAM MAKANAN

24 Ogos, Isnin - Sepanjang bulan Ogos ini, pelbagai aduan dan luahan ketidakpuasan mahasiswa mengenai kebersihan dan pencemaran makanan di kafetaria fakulti. Kami di peringkat perwakilan mahasiswa membawa suara mahasiswa ini ke pihak atasan.



Selain itu, masalah ini telah kami rundingkan bersama wakil pihak pengurusan kafetaria fakulti selain memberi notis amaran kali kedua, setelah berkali-kali pantauan berkala dilaksanakan.


Alhamdulillah, walaupun isu lipas ini agak sukar diselesaikan oleh pihak pengurusan kafetaria, kami mengucapkan tahniah dengan usaha bersungguh-sungguh mereka dalam memperbaiki segala kekurangan.



Pelbagai notis yang ditampal sebagai peringatan kepada mahasiswa agar turut sama menjaga kebersihan kafetaria











Dalam masa yang sama, aduan mengenai kuah lauk yang cair, sayur tidak dimasak dengan betul, pinggan dan sudu kotor akan dipantau secara berterusan.

Dengan itu, kami mengharapkan agar mahasiswa yang ingin memberikan aduan agar sertakan sekali gambar sebagai bukti.



(contoh) gambar lipas di dalam kuah diambil oleh seorang mahasiswa

# Berikut adalah surat yang telah pihak kami sampaikan kepada pihak pengurusan kafetaria sebagai rujukan bersama.









Rujukan UKM : 3.31/pmukm/fper/kckl/05
Tarikh : 25 Julai 2009

Wakil Pengurusan Kafetaria Fakulti,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.



Encik/puan,

NOTIS AMARAN KEDUA : KEKOTORAN DAN PENCEMARAN KAFETARIA FAKULTI

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa Wakil Fakulti Perubatan bagi Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menerima pelbagai aduan daripada mahasiswa berhubung kekotoran alatan makanan dan pencemaran makanan di kafetaria encik/puan.

1. Sebelum langkah tegas yang bakal diambil oleh pihak PMUKM Fakulti Perubatan ke pihak lebih tertinggi, kami menyanjung tinggi perubahan dan kerjasama pihak tuan/puan supaya memandang serius masalah ini. Kita semua tidak mahu timbul isu mahasiswa keracunan makanan dan kafetaria ini ditutup.

2. Sebagai sebuah Kampus Kesihatan UKM sepatutnya, pihak pengusaha kafetaria lebih berwaspada dan mengambil langkah kebersihan di tahap maksima selain ia mencerminkan nama dan watak UKM itu sendiri di mata masyarakat sekitar.


Dengan itu, sekali lagi kami tegaskan akan membawa isu ini di pihak lebih tertinggi sama ada Jabatan Kesihatan Malaysia atau seumpamanya jika tiada langkah drastik yang diambil oleh pihak pengurusan kafetaria.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan saya, Nabihah di 019-3357064. Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


”Ke Arah Fakulti Berintegriti”


Yang benar,




………………........................................
(NABIHAH BINTI MOHD ABDUL SHANI ALHAD)
Sekretariat,
Wakil Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sabtu, Ogos 15, 2009

PENGUMUMAN : TEMPAH TIKET BALIK RAYA

PROMOSI HEBAT HABIS-HABISAN SEMPENA RAYA!


Sukacita dimaklumkan bahawa sekretariat MPP GMUKM sudah membuka kaunter untuk penempahan tiket bas untuk cuti Hari Raya (pergi dan balik) bermula pada 13hb Ogos (khamis) sehingga 21hb Ogos (Jumaat). Kemudahan ini terbuka kepada semua mahasiswa dari pelbagai fakulti dan tahun. (maaf ya hanya termaktub untuk UKM Kampus Kuala Lumpur, kampus lain boleh dibawa berunding.)



Sebagai kelebihannya, andaikata bilangan mahasiswa yang menempah ke sesuatu destinasi tersebut ramai, maka bas yang dijadualkan akan mengambil anda sama ada di fakulti atau KTSN 1 (terpulang). Jadi promosikan tawaran ini sehabis mungkin kepada sahabat-sahabat anda. Kelebihan kedua, tiket bas adalah "student price", itu kami jamin. InsyaAllah.


Sesiapa yang berminat boleh menghubungi ataupun lebih mudah menggunakan perkhidmatan Sistem SMS yang telah kami sediakan. Sila taipkan kod di bawah dan hantar ke 013-3268894.


(NAMA PENUH),(JABATAN/TAHUN),(DESTINASI),(TARIKH),(MASA- mesti nyatakan 3 pilihan)


Sebagai contoh:

Abu bin Ahmad,audio/2,melaka,18 ogos,2/3/4 petang


Untuk makluman semua, pihak kami telah berurusan dengan wakil pengurus syarikat Konsortium Transnasional Bhd, Encik Azhan bin Ahmad Lahury (Corporate Communication Manager) bagi mendapatkan kemudahan perkhidmatan tempahan tiket ini, yang beralamat 38, Jalan Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur (012-2968007)


Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi nombor ini 013-3268894. Pertanyaan yang relevan sahaja yang akan dilayan.

LAPORAN : BUKA PUASA ANJURAN MPP GMUKM




Khamis, 13 Ogos - Satu majlis berbuka puasa yang ditaja khas dari MPP GMUKM telah diadakan di Surau Blok D Kolej Tun Syed Nasir untuk sama-sama memeriahkan bulan syaaban yang hampir tamat dan meraikan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.


Majlis berbuka puasa tersebut telah disertai oleh semua mahasiswa pelbagai fakulti dan tahun. Wartawan GMUKM difahamkan mereka hanya perlu membayar RM 1 sebagai bayaran harga makanan dan selebihnya ditanggung oleh pihak penganjur.





Objektif bagi aktiviti tersebut selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa pelbagai fakulti ialah, yang paling penting melatih dan mengajak mahasiswa agar bersedia awal bagi menghadapi ujian di bulan puasa Ramadhan baik dari segi fizikal, rohani dan mental.





Dalam masa yang sama, pihak GMUKM ingin menekankan bahawa program-program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PMUKM bukanlah semata-mata berbentuk akademik dan hiburan seperti yang mahasiswa sedia maklum pada tahun-tahun yang lepas, tetapi ianya perlukan 1 perubahan. Di mana perubahan itu perlulah menitikberatkan dari segi aspek spiritual dan digaulkan dengan sebati ilmu duniawi dan ukhrawi agar setiap tindakan manusiawi tetap berlandaskan prinsip yang Maha Satu.


Satu langkah yang bijak bila mana mahasiswa dapat menilai setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya dengan pemikiran dewasa dan professional. Apa yang pihak MPP GMUKM laksanakan bukanlah mengejar kepopularitian, tetapi demi perjuangan suara mahasiswa, kebajikan dan keintelektualan berpandukan falsafah UKM itu sendiri iaitu Ilmu, Iman dan Amal.

Hal ini kerana, secara dasarnya Islam telah menjadi teras di UKM. Apabila keimanan, ilmu dan amal dijadikan teras, maka akan lahirlah generasi berilmu dan terpelajar yang akan membangunkan universiti.


Malangnya, dasar yang baik ini telah gagal diamalkan dengan baik dan praktikal. Ia perlaksanaan yang lemah dan perlu kepada perubahan terhadapnya. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjayakan perubahan ini.


Justeru, bukanlah di waktu berkempen menjelang Pilihan Raya Kampus, baru MPP-MPP turun padang tunjukkan muka tetapi sepatutnya sepanjang tempoh perkhidmatan mereka hinggalah tarikh PMUKM dibubarkan. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.


GMUKM tidak akan berhenti dan senyap. GMUKM akan terus dalam mempersadakan visi dan misinya. Dengan itu, amat diharapkan sokongan tegar mahasiswa kepada pihak GMUKM dalam meneruskan perjuangan membawa arus perubahan mahasiswa.



"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN"



LAPORAN : MPP GMUKM TURUN PADANG DEMI H1N1

MPP GMUKM sedang mengedarkan topeng muka kepada mahasiswa


Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu : 12 Ogos 2009 : Satu siri road show kempen kesedaran wabak H1N1 berjaya diadakan di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) semalam. Kempen kesedaran dan pengedaran penutup hidung secara percuma itu adalah atas inisiatif MPP GMUKM bagi menyedarkan mahasiswa betapa bahayanya wabak maut ini.


Sedikit pengenalan tentang hasrat turun padang menziarahi mahasiswa oleh Saudara Hisyamuddin, pengerusi GMUKM.


Walaupun datang dari jauh dan sibuk dengan tugasan, masih lagi bersemangat berucap dan berbual dengan mahasiswa.


Sebanyak 300 penutup hidung diberikan secara percuma kepada mahasiswa pelbagai peringkat di fakulti tersebut. Seorang mahasiswa tahun satu Fakulti Farmasi, Saudara Mohd Arfan yang ditemui wartawan GM menyatakan perasaan teruja kerana kesanggupan MPP GM untuk memberi penerangan tentang wabak H1N1 dan mengedarkan penutup hidung secara percuma.


Selepas Dewan Kuliah 3, MPP GMUKM berarak ke Dewan Kuliah 4.


Manakala mahasiswi tahun dua Fakulti Perubatan, Saudari Hafizah Mohammad melahirkan penghargaan terhadap usaha MPP GM.

“ Sepatutnya PMUKM sebagai badan yang bertanggungjawab memainkan peranan penting ini dan perlu mencontohi usaha MPP GMUKM dalam memberi secara percuma penutup hidung ini”, ujarnya.



Sedang asyik mendengar taklimat MPP GMUKM berhubung H1N1 yang amat membimbangkan.


Wartawan GMUKM dimaklumkan oleh MPP GM yang hadir ke road show tersebut, bahawa kempen ini akan bermula di Bangi pada hari ini. Jadi buat mahasiswa, nantikan kemunculan MPP GMUKM bagi mendapatkan flyer dan penerangan tentang virus H1N1 serta penutup hidung secara percuma. Wartawan GM difahamkan bahawa topeng itu dibeli sendiri oleh MPP GM dan berharga kira-kira RM 0.50 sekeping.

Tahniah MPP GMUKM!

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites