Ahad, Ogos 09, 2009

MPP FFAR : MOTIVASI MAHASISWA



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang untuk menuntut ilmu pada malam ini . Terima kasih diucapkan kepada pihak jaksa dan pentadbiran KTSN kerana menyediakan medium ilmu untuk meningkat motivasi mahasiswa/i sebelum menghadapi peperiksaan pertengahan semester khususnya dan juga untuk kehidupan mahasiswa/i di kampus amnya.



"Motivasi yang unggul pencetus kepada kejayaan", satu ungkapan yang sering kita dengar dan ia semestinya menjadi perkara utama untuk membina sebuah kejayaan yang terbilang untuk diri setiap manusia.





Oleh sebab itu, saya lebih menekankan kepada motto atau matlamat hidup setiap insan kerana ia akan memberikan motivasi untuk kita mencapai apa yang nak digapai.


" plan is nothing , planning are everything"
" belajar memberi daripada menerima"
" hidup ini adalah ujian"
"ilmu sinar kebahagian"




Ungkapan diatas adalah hasil nukilan saya apabila diri ini mahu kalah dengan nafsu kemalasannya. Selain itu, ia menjadi sumber motivasi dan semangat untuk saya melakukan sesuatu perkara.



Oleh itu, ayuh sahabat-sahabat kita bina dan takwilkan sendiri kata-kata yang akan menjadi penyemarak semangat ketika kita di gedung ilmu dan hidup di dunia ini yang banyak cabaran serta ujiannya.







Sedikit perkongsian ilmu yang diperolehi daripada penceramah berkenaan 5 E untuk cemerlang: - ethusiasm
- experiment
- experience
- expertise
-excellent

Term yang penting :
- time management
- fokus
- self-motivation
- prioritization
- strategies for control emotion : mind, physical, social and spiritual



Semoga kita mendapat ilmu dan manfaatkannya.

" Belajar Memberi Daripada Menerima"
" Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan"



Salam ukhwah ,

Muhammad Hafizul Amin Khalid,
MPP Fakulti Farmasi,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jumaat, Ogos 07, 2009

PENGUMUMAN : BENGKEL LATIHAN SOLAT - MPP FPER





Jumaat, 7 Ogos -Diingatkan semula kepada semua mahasiswa/i Tahun 1 dan 2 Fakulti Perubatan yang telah mendaftar untuk Program Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit yang akan diadakan pada ahad ini, 9 Ogos, anda semua perlu ;

Berkumpul di tempat menunggu bas KTSN 1 sebelum pukul 7. Hal ini kerana sesi taklimat sebelum perjalanan akan diberi dalam masa kurang 10 minit

Berpakaian formal. Bagi mahasiswa, anda perlu memakai kemeja, berkasut dan kemas. Bagi mahaisiswi pula, anda perlu berbeju kurung semanisnya dan berkasut tutup.

Pembayaran yuran sebanyak RM2 akan dikutip setibanya anda di sana (PPUKM).

- Maklumat lanjut -

LAPORAN KEBAJIKAN 2 : ADUAN PENGINAPAN




7 Ogos, Kolej Tun Syed Nasir - Berikut adalah laporan lanjutan ke atas penyerahan surat aduan penginapan dari mahasiswa Fakulti Perubatan kepada YDP JAKSA (Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/siswi) , saudara Mohamed Ilyas bin Hasan pada 24 Julai yang lepas (lihat sini), oleh saudari Nur Na'imah, wakil dari Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan.


Pemantauan bagi tindakbalas berikutnya telah dibincangkan di peringkat kami tetapi, perlu diingat makluman ini masih lagi di peringkat perbincangan dan belum lagi dipastikan di peringkat pengurusan kolej.


Berikut adalah antara jawapan daripada setiap aduan yang diajukan :



1. Perabot yang disediakan kurang memuaskan (almari kanvas sahaja).
Jawapan : Almari adalah alternative sementara. Almari kayu akan disiapkan oleh kontraktor sebelum bulan puasa.

2. Haiwan terbiar (kucing) berkeliaran dan membuang najis merata rata menyebabkan kawasan penginapan kotor dan tidak selesa.

Jawapan : Pelajar haruslah menjaga kebersihan kawasan aras, menutup tong sampah, tidak memberi makanan kepada kucing, dan tidak menyimpan kucing di dalam bilik. Kucing akan beralih ke tempat lain apabila tiada makanan.

3. Harta benda pelajar (pakaian) dicuri kemungkinan pekerja yang mengambilnya sebab ketika itu semua pelajar berada di fakulti.

Jawapan : Pihak pentadbiran tidak pernah menerima aduan sebegini. Pihak kolej akan mulakan penyiasatan.

4. Ada pekerja yang tidur didalam surau, bermain handset di tepi tangga dan ada juga duduk melepak sambil membuka lagu yang kuat ketika waktu bekerja, di asrama perempuan hingga menimbulkan pencemaran bunyi.

Jawapan : Tindakan akan diambil oleh pentadbiran keatas pekerja yang melakukan kesalahan. Sila rakamkan perbuatan pekerja tersebut sebagai bukti.

5. Teksi tidak dibenarkan masuk menyusahkan pelajar terutamanya apabila membawa banyak barang.

Jawapan : Pihak kolej membenarkan teksi masuk dalam keadaan berikut :
1. Cuaca buruk.
2. Barangan berat.
3. Masalah kesihatan.

6. Pihak pengurusan kolej lambat mengambil tindakan dalam urusan pertukaran bilik sehingga menyusahkan pelajar yang terpaksa berkongsi bilik.

Jawapan : Pihak pentadbiran akan memperbaiki kelemahan ini.


7. Pengurusan merit pelajar sangat tidak munasabah dan banyak kecuaian, serta tidak telus.

Jawapan : Pihak pentadbiran akan membaiki system pengurusan merit pelajar.

8. tandas di setengah aras sangat kotor kerana tidak kerap dibersihkan.

Jawapan. Pihak kolej akan mengambil tindakan dan mengawasi aktiviti pembersihan.

9. Banyak paip dalam tandas tersekat dan tidak boleh berfungsi. Juga tandas tersumbat.

Jawapan : Pelajar haruslah melaporkan sebarang kerosakan di dalam buku aduan kerosakan di pejabat kolej.

10. pembaikpulihan tandas sangat lambat menimbulkan keadaan yang tidak selesa.

Jawapan : Pihak kolej akan mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini.

11. Pelajar tidak ditempatkan mengikut jurusan menyebabkan kesukaran untuk berbincang dan belajar.

Jawapan : Perbincangan bolehlah diadakan di library. Mahasiswa sepatutnya belajar bergaul sesama mahasiswa dari kursus lain.

12. pelajar yang menginap di kolej luar tidak dikumpulkan di aras yang sama boleh membahayakan.

Jawapan : akan diberitahu kemudian.

13. Kemudahan Wi-Fi di kolej luar kurang memuaskan dan ada kolej yang tiada kemudahan wifi tetapi masih perlu membayar mahal.

Jawapan : Penyediaan Wifi di luar kolej memerlukan kos yang tinggi kerana KTSN perlu membayar kos sewaan yang tinggi untuk memasang pemancar.

14. keselamatan Pelajar yang tinggal di aras bawah KTSN 1 tidak terjamin.

Jawapan : Pihak kolej akan mengambil langkah memasang pintu dan penghadang untuk meningkatkan keselamatan.

15. Yuran tidak dinyatakan dengan terperinci
Jawapan: akan diberitahu kemudian.

16. Yuran tidak berpatutan dengan apa yang telah diubahsuai
Jawapan : akan diberitahu kemudian.



Dengan itu, diharapkan mahasiswa masih dapat bersabar untuk menanti laporan kami selanjutnya. Kami akan berusaha untuk menyelesaikannya di atas rasa tanggungjawab kami ke atas amanah yang diberikan.


Tetapi, di sini kami ingin mengingatkan atas rasa kesal kami terhadap mahasiswa/i yang tidak bertanggungjawab memberi komen yang tidak sepatutnya, malah tidak mencerminkan langsung keM.A.H.A.S.I.S.W.A an yang patut ada dalam setiap jiwa bakal pemimpin negara pada masa akan datang.



Sekali lagi, kami mengingatkan sila gunakan bahasa ibunda yang cukup indah dan sopan dalam berkomunikasi dan menulis. Kerana ia melambangkan keperibadian dan keprofessionalan seseorang mahasiswa tersebut.

Segala cadangan, pandangan, teguran dan kritikan yang membina amat dialu-alukan dengan niat saling nasihat-menasihati. Kerjasama daripada pihak anda amatlah kami hargai.




"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"
"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI"








Dilaporkan oleh,


NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN

Setiausaha,
Wakil Sekretariat,
PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Kampus Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk link


BANGI : Blog gm-ukm.blogspot mendapat maklumat bahawa seorang mahasiswa kolej Keris Mas telah meninggal dunia pagi semalam. Menurut maklumat daripada wartawan GM yang tinggal di kolej tersebut, beliau melihat bahawa mayat itu dilitupi dengan plastik hitam dan kelihatan pengusung mayat memakai penutup mulut. Punca kematian walaubagaimanapun masih belum diketahui.





Ketika dihubungi oleh pihak editor, wartawan tersebut berjanji akan menyiasat perkara itu hingga ke akar umbi. Memang kedengaran khabar angin bahawa ada seorang mahasiswa UKM yang meninggal dunia kerana wabak H1N1. Tetapi kebenarannya masih boleh dipertikaikan.
GMUKM bimbang sekirang mahasiswa yang meninggal dunia di Keris Mas semalam, ada kaitan dengan virus yang telah mengorbankan 14 orang sejak dua minggu lalu di negara kita pada hari ini.






Tetapi di UIA, kedengaran berita seorang mahasiswa telah meninggal dunia kerana wabak maut ini. Manakala di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), jiran kita yang berada di Bangi, telah ditutup selama seminggu kerana virus ini. Jadi untuk masa yang terdekat, diharap mahasiswa mengikuti langkah keselamatan yang telah digariskan oleh Kementrian Kesihatan dan Pusat Kesihatan UKM.






Bagi yang beragama islam, anda digalakkan untuk bersama-sama turun ke masjid UKM jumaat ini kerana dikatakan bahawa seluruh masjid di Selangor akan mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah bagi membendung wabak ini yang telah meragut ratusan nyawa terutamanya di Amerika Utara.

ARTIKEL : Hakikat keMAHASISWAan

DUNIA KEMAHASISWAAN

Perjuangan hidup : Apakah yang sebenarnya cuba dicapai oleh mahasiswa? Dunia keMahasiswaan sekarang tidak lebih sekadar perjuangan untuk hidup. Iaitu perjuangan untuk mendapatkan pengiktirafan supaya hidup dapat diteruskan.



Segulung ijazah yang diperjuangkan supaya kelak hidup mereka dapat dijamin oleh dunia kerjaya yang menjanjikan pendapatan dan pekerjaan yang baik. Namun, tidaklah secara total melibatkan mahasiswa seluruhnya, akan tetapi dunia keMahasiswaan sekarang realitinya dilihat hanya berkisar dalam dua perkara ini sahaja; kerjaya dan pendapatan.





Perkara ini berlaku hasil daripada perancangan kita jua yang mana menggesa dan menakut-nakutkan mahasiswa akan dunia yang akan menanti selepas mereka bergraduasi. Ditakut-takutkan akan kesan buruk yang bakal diterima jika segulung ijazah tiada dalam genggaman atau pada kualiti yang rendah.



Mahasiswa sudah semakin hilang minat dalam aktiviti kemasyarakatan contohnya dalam aktiviti opkim, anak angkat, mengambil berat tentang golongan kurang bernasib baik, dengan kata lain perkara yang berkaitan dengan aktiviti berunsur Tanggungjawab Sosial dan Kemasyarakatan.






Mahasiswa semakin selesa menguruskan hidup mereka sendiri berbanding hidup secara kolektif atau bersama-sama. Sebahagian besar merasakan mengejar prestasi akademik setinggi mungkin adalah perkara utama berbanding hal-hal lain yang akan menjejaskan CGPA mereka.



Sesi semester banyak dihabiskan untuk pembelajaran dan tugasan. Jika letih belajar, katil sedia menemani. Jika bosan, filem dan dan drama di Youtube menjadi santapan minda. Jika mempunyai kenderaan, boleh meronda di sekitar universiti atau bandar berdekatan. Jika lapar, kafe dan gerai sedia berkhidmat di samping wang PTPTN dan JPA yang sedia membantu.







Menganggotai persatuan mahasiswa bukan lagi satu pilihan melainkan ajakan rakan, pujukan dan rayuan senior, sudah biasa terlibat aktiviti ko-kurikulum di sekolah atau untuk mengejar merit bagi penginapan semester hadapan. Sebahagian besar lagi menolak beralasankan tidak mahu jadi sibuk dan lalai daripada tumpuan terhadap akademik. Jika bukan kerana syarat aktif ko-kurikulum, pasti aktiviti beroganisasi semakin sepi.


Begitu juga halnya situasi persatuan Akademik, Bukan Akademik dan Kelab. Hanya minat, kesedaran untuk berpersatuan dan perjuangan kebajikan pelajar mengikut kursus menjadi penyambung hayat organisasi mereka.


Kebanyakan mahasiswa yang ditemui rata-ratanya, amat kurang minat dalam aktiviti ko-kurikulum dan kemasyarakatan melainkan mereka yang pernah aktif di sekolah. Jika bukan kerana 2 kredit ko-kurikulum yang diwajibkan, mungkin universiti akan semakin pasif daripada kegiatan pelajar dalam 2 perkara di atas.



Akan tetapi, persepsi golongan mahasiswa yang pasif terhadap persekitaran, ko-kurikulum dan aktiviti kemasyarakatan ternyata merupakan suatu kesilapan besar dalam menempuhi dunia keMAHASISWAan. Kerana dunia kerjaya yang menanti mereka bukan hanya menilai pencapaian akademik semata-mata. Fikir-fikirkanlah.

Apabila Kata - Kata Membuahkan Hikmah


Daripada Muaz r.a :

"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepada-Nya. Menuntutnya adalah ibadah. Menelaahnya adalah tasbih.
Mencarinya adalah jihad.


Mengajarkannya kepada yang belum mengetahui adalah sedekah Memberi kepada ahlinya adalah kebaktian. Dialah kawan masa kesepian dan dialah teman masa kesunyian. Dialah petunjuk jalan kepada agama dan pendorong kesabaran dalam
masa kepayahan dan kesempitan. "



Rabu, Ogos 05, 2009

LAPORAN : KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN











5 Ogos, Kolej Tun Syed Nasir - Bersempena dengan Aktiviti Pembudayaan Ilmu 2009, Perpustakaan UKM mengadakan Program Hari Bersama Pelanggan sebagai salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan.



Tidak ketinggalan juga, aktiviti menarik disediakan seperti kuiz beserta hadiah, pameran dan potongan 50% bagi denda lewat pulang buku yang disukai oleh mahasiswa.








Justeru, wakil sekretariat dari PMUKM Fakulti Perubatan, saudari Nur Na'imah telah mengambil kesempatan tersebut dengan membawa suara mahasiswa mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada Perpustakaan selain mewujudkan dan menambah erat hubungan simbiosis antara mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti, sejajar manifesto PMUKM Fakulti Perubatan.


Wakil Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan sedang berbincang dengan para pustakawan.



Antara soalan popular yang diajukan berkenaan buku-buku rujukan yang menjadi keperluan asas mahasiswa tetapi agak terhad jumlahnya juga masalah buku yang mahu dipinjam sering tiada ketika mencarinya di rak buku.


Bagi menjawab persoalan tersebut, mahasiswa disarankan agar menggunakan sistem OPAC GEMILANG berbanding mencari sendiri di rak-rak buku, yang mana sistem ini dibuka selama 24 jam untuk mencari jenis buku yang mahu dipinjam. Tetapi untuk kesulitan meminjam, kemungkinan besar buku yang sedang dicari tersebut sedang digunakan oleh mahasiswa lain ataupun hilang. Hal ini kerana pustakawan akan mengemaskini dan menyusun semula buku-buku mengikut raknya setiap hari pada seawal pukul 8-9 pagi.



Pertanyaan lain berhubung peminjaman buku yang terdapat di perpustakaan lain seperti Perpustakaan Pusat Perubatan UKM. Di sini, amat ditekankan terutamanya mahasiswa Fakulti Perubatan memandangkan buku-buku rujukan mengenai ilmu perubatan lebih banyak di perpustakaan sana.




Jika mahu meminjam buku yang terdapat di perpustakaan sana, mahasiswa boleh menempahnya di perpustakaan sini sahaja tetapi sebelum hari khamis, kerana wakil dari perpustakaan sana akan menghantar buku yang ditempah pada hari khamis setiap minggu. Cuma jumlah yang dubenarkan hanya 7 buah buku.


Kemudahan penggunaan komputer tanpa bayaran yang dimansuhkan jika sebelum ini sejam RM1 bagi memudahkan mahasiswa mencari maklumat pembelajaran.


Cukup selesa.....kemudahan surat khabar dan televisyen serta sofa yang empuk


Mengenai aduan air yang kerap tiada dan perkhidmatan wifi yang kurang memuaskan, juga telah dinyatakan dan tindakan susulan akan diambil.



Selain itu, ironinya wakil kita juga telah mencadangkan dan memberi idea bagi penambahbaikan dari segi kemudahan ilmiah di perpustakaan dan sukacitanya, ia telah disambut baik oleh para pustakawan.

Antaranya, kemudahan papan putih di bilik perbincangan supaya lebih memudahkan mahasiswa untuk berbincang dengan lebih efektif dan kemas.
Cadangan menambah papan putih di bilik perbincangan diterima.



Mahasiswa perlu meneliti segala kemudahan yang telah digariskan oleh pihak perpustakaan kerana ramai yang tidak tahu. Sama ada melalui web site Portal Gemilang ataupun Buku Panduan Perpustakaan.


Selain itu, cadangan pada masa akan datang agar pihak pengurusan membuat promosi Hari Bersama Pelanggan ini secara meluas, initu dari segi publisiti. Contohnya, menggantung banner, menyiarkan di blog UKM, menyebarkan risalah dan sebagainya yang dianggap sesuai.



Dengan itu, di pihak PMUKM Fakulti Perubatan menyeru agar semua mahasiswa UKM menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan seoptimumnya.
Selain keperluan kondisi pembelajaran yang selesa, mahasiswa juga turut berperanan membantu pihak pengurusan perpustakaan dalam mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej perpustakaan kita, sebagai contoh menyertai Program Hari Bersama Pelanggan ini.




"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN"

"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI"


Dilaporkan oleh,

NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN
Setiausaha,
Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.

LAPORAN : DIALOG BERSAMA MAHASISWA


5 Ogos , Khamis - Program Dialog "Bersama Mahasiswa untuk Mahasiswa" yang dianjurkan oleh PMUKM Fakulti Farmasi, saudara Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid telah diadakan bermula dengan adik-adik Tahun 1 dan diikuti tahun seberikutnya seperti yang telah dijadualkan.


Berteraskan slogan "Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan", seluruh sekretariat kabinet PMUKM Fakulti Farmasi mengorak langkah bersama mahasiswa berbincang mengenai hal-hal ataupun isu yang berbangkit.


Seperti biasa, isu kebajikan mahasiswa menjadi topik hangat di dalam dialog tersebut dan mengambil masa agak panjang. Seterusnya, di peringkat PMUKM Fakulti Farmasi, akan melancarkan program dan kempen berbentuk ilmiah selaras dengan manifesto yang diperjuangkan pada Pilihan Raya Kampus yang lepas.


Menurut saudara Hafizul Amin, beliau amat mengharapkan agar mahasiswa memperoleh input yang berguna untuk kebaikan bersama dalam memperkasakan pencapaian akademik sekaligus menjadikan Fakulti Farmasi sebagai fakulti nombor 1 di UKM dan tidak mustahil di Malaysia.


Sabtu, Ogos 01, 2009

ISU : UKM BONEKA UMNO



Masihkah anda ingat? Sejarah penodaan UMNO ke atas varsiti tercinta kita?


1. Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Murah Sungai Ramal Luar itu dijadualkan akan diadakan pada 13 Julai 2008, bermula jam 7.30 pagi di Gelanggang Terbuka UKM iaitu berhampiran Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Rahim Kajai, UKM.


2. Selain itu, pada 15 Julai 2007, Puteri Umno Serdang dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Kompleks Bestari (sekarang dikenali sebagai Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh).




3. Selepas itu, pada 29 Julai pula Umno Serdang dibenarkan membuat program yang sama iaitu Mesyuarat Agong Tahunan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) dan dirasmikan Dr Khir Toyo, Menteri Besar ketika itu. Bendera Umno kelihatan telah dari luar pintu masuk utama UKM hingga ke hadapan Dectar sewaktu mesyuarat agung tersebut.

Manakala program melibatkan kerajaan negeri disekat walaupun berstatus kerajaan negeri. Ini dapat dilihat apabila pertemuan mahasiswa Kedah bersama Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam satu majlis Makan Malam Darul Aman 2008 (MDA08) dihalang dan Perasmi Majlis makan malam tersebut terpaksa digantikan oleh bekas Penasihat Agama Islam Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Dr Abdul Hamid Othman.
-untuk maklumat selanjutnya anda boleh layari laman utama gmukm (klik) -

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites